Terperanjat setelah tiba- tiba mendapat info bahawa surau sekolah dicalonkan untuk pertandingan imarah surau peringkat negeri. Idea untuk mengimarahkan surau telah lama ada , namun kertas kerja da dibuat, tapi oleh sebab tiada sumber maka tinggal impian. Sayang nak biarkan surau sebesar ini kosong tida keceriaan dan hiasan . Sedangkan surau ini memang sentiasa diimarahkan dengan pelbagai aktiviti. Paling penting, saban waktu surau ini sentiasa digunakan dan memberi manafaat kepada warga sekolah secara maksima. Bahkan adakalanya orang luar turut menumpang untuk mengerjakan solat.
Namun kejutan tentang pertandingan ini menyebabkan pihak sekolah dan PIBG terbuka minda, nak tak nak sesuatu perubahan harus dilakukan. Tambahan lagi masa yang diberikan hanya 2 minggu di peringkat daerah dan lebih kurang sebulan untuk pemantauan negeri. Pening- pening....
Tindakan drastik kami telah membuat lawatan ke SK Seri Teluk, Pt Yaani... Terima kasih tak terhingga kepada Guru Besar dan KP Pendidikan Islam nya Ustazah Norlaila...kerana banyak maklumat dan perkongsian. Hampir terlupa, SK Seri Teluk memang dah biasa dengan pertandingan ini bahkan dah pun ke peringkat kebangsaan... masya Allah.. Terkesima melihat keceriaan dan kegahan surau itu.
Sekadar termampu, warga GPI mengadakan mesyuarat membincangkan bagaiman dapat melaksanakan dan program menceriakan surau bermula. Semua warga guru SRAB Kluang bertungkus lumus bermula dari 'zero'...
Dengan kerjasama PIBG yang menyuntik dana dan sumbangan ibu bapa... Pihak guru menyumbang sepenuh tenaga , setiap hari ada sahaja kerja memberi sentuhan kepada surau walaupun sedikit...dari menanam bunga dan keceraiaan dalamannye...
sekurang- kurangnya ada perubahan yang berlaku...menang bukan tujuan utama, yang penting puas sebab tak sangka surau boleh berubah wajah. Harapan dan doa semoga usaha ini dapat di istiqamahkan dan dapat megimarahkan surau ini dalam erti kata yang sebenarnya.
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat..
sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan